Honda menjelajah bumi KL SELANGOR dan PERAK PART ONE

 alkisah BENAR pada awal tahun 2022 , aku mulakan dengan basmalah  berbekalkan RM15 duit poket dan tawakkal,akhirnya berjaya sampai ke Kampung Melayu Subang ...dalam negeri SELANGOR 



5 jam perjalanan menunggang Honda dirasakan amat jauh ....

terus demam dan berehat di rumah sahabat baikku,Abang Malik al-Qadahan .

Dalam keadaan demam,batuk,selesema ,Abg Malik sempat membawaku melayan kugiran rock di Sungai Buloh .

Layan je la walaupun mataku kuyu ......

Aku sempat bekerja sehari,dapatlah RM60 tunai .


BERMULA 9 PAGI SEHINGGA 9 MALAM ....

Esok pagi aku bersalam dengan Abang Malik dan dia berikan RM100,

aku teruskan perjalanan ke Tapah .




Sampai ke Tapah,aku hubungi kawan-kawan di 
Cameron Highland,tiada kerja sementara buat masa ini.Lantas ku pecut mencari 
TAPAH ROAD ...




Kebetulan Allah SWT sebaik-baik PERANCANG ...

Tanpa nombor telefon dan perancangan,aku bertemu class-mate sekolah menengah dan terpisah sejak tahun 1991,

kami bertemu di sebuah restoran di Tapah Road.Rakan sekolah bernama ABDUL WAHHAB ini masih seperti dulu.Masih peramah dan kaya dengan senyuman.


Kami berbual panjang sepanjangnya dan mengimbau zaman persekolahan.

Pada waktu petang ,aku sempat menziarahi Pakcik 
Haji Sulaiman ,ayah kepada arwah Taib dan Tahir yang telah lama meninggal dunia.
Kedua-dua arwah adalah class-mate aku ketika sekolah menegah dan kami terputus hubungan sejak tahun 1991.



Setelah berehat dan solat jamak di rumah beliau,aku dibawa ziarah pusara dua anaknya .











     Mataku berkaca di perkuburan dan aku lihat wajah sugul seorang ayah yang hanya 
mempunyai dua anak lelaki dan itulah SAHAJA anaknya namun kedua-duanya telah lama meninggal dunia...



     Ketika malam menjelma,aku melepak di rumah Wahab dan kebetulan Mohd Salleh 
datang ke rumah tersebut dan aku memberitahunya bahawa aku masih tiada tempat bermalam.Lantas
dia mengajakku ke premis bisnesnya untuk bermalam.

Semuanya KEBETULAN ! 


3 hari dua malam aku menghabiskan masa di Tapah Road dan meninjau serta bertemu ramai manusia di sana .




Setelah bersarapan dan dibayar makan minum oleh Mohd Salleh,aku meneruskan perjalanan ke bandar Tapah dan singgah sebuah gerai kecil .

Ke mana arahku ?

Terus ke Kelantan ? atau JB ?




Setelah anak Perak belanja Nasi Lemak dan Kopi KAW ,aku berbual dan 
memecut 'basikal berapi ' ke Bidor dan mencari KAMPUNG JERAM MENGKUANG ...

Jalan raya yang amat berbahaya di mana  kenderaan berat seperti lori dan 
bas berpeleseran di jalan raya .

Akhirnya sampai juga aku di Kampung Jeram Mengkung dan bertanya penduduk berkaitan 
CIKGU RASHIDAH YUSOF ,
Guru SEMENTARA sekolah rendah aku pada tahun 1984 .



Sekarang tahun 2022,puluhan tahun kami terpisah ......



Akan bersambung 

To be continued....................................



































Comments